Thursday, 9 May 2013

Khidmat supir di sekitar Jakarta dan Bandung.


Pada asalnya, kami merancang untuk ber"bagpacker" di Jakarta dan Bandung, tetapi terpaksa dibatalkan disaat akhir kerana mama (ibu mertua) saya telah bertitah, "Mama tak mau susah-susah naik angkut di sana. Mama dah tua. Kalau nak berbagpackers kume berdua boleh plan untuk trip yang lain".

Sebagai anak yang soleh dan solehah, kami pun memikior cara lain untuk trip kali ini demi kesenangan ibu yang tercinta. Berpandukan kata kunci, "mama nak supir yang sambut di airport, dan hantar ke airport" kami pun bertungkus lumus meluaskan contact dengan agent di Indonesia.

Pada mulanya, kami telah menghubungi beberapa pemandu di sana, namun banyak yang mengenakan charge yang mahal, dan kadang-kadang tak masuk akal pun. Setelah menilai setiap quotation tersebut, dan membandingkan maklumat harga dari blog http://backpackerbusuk.blogspot.com/, kami dapati Pak Ratno yang berjaya menyenaraikan kos pengangkutan paling masuk akal. Ditambahan pula disertakan pakej penginapan yang terbaik.


Rumah rehat Victoria Luxurious Guest House Bandung yang dicadangkan amatlah juga tidak mengecewakan. Bayangkan anda hanya perlu bayar RM84 untuk satu malam dengan pakej breakfast untuk dua orang. Berbaloi memang berbaloi. Dengan hiasan mewah ala renaissance anda bagaikan dibawa melintasi tarikh masa di era tersebut. Hiasan seperti microscope lama, telescope dan juga peta dunia lakaran tangan berserta sudut library (yang penuh dengan buku perlancongan dan komik?) sangat mengagumkan.

Selain itu, isteri saya juga tertinggal handphone di dalam kamar ketika keluar ke Kawah Puteh, dan bila dah sedar tu, memang sangat cuak lah kan. Takut kena cilok dengan pekerja housekeeping ker apa. Tapi bila balik, telefon tersebut tak bersentuh pun. Sejuta tahniah di atas profesionalism dan kejujuran yang ditunjukkan pihak hotel.

Oke, apa pun, kalau anda berminat untuk menggunakan khidmat supir ini, saya boleh kenalkan. Anda tak perlu berlenguh punggung naik angkut, atau penat menjinjing barang ketika shopping. Semua ditanggung beres oleh supir ini. Selain itu, diorang juga sangat profesional dan ramah.

Harga pun murah :)

3 comments:

NURHAZLINA JA'AFAR said...

Bole dptkn number phone pak ratno tu x? Tq

NURHAZLINA JA'AFAR said...

Bole dptkn number phone pak ratno tu x? Tq

awalouille said...

Salam bole saya dapatkan no phone pak ratno?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...