"Saya tengah target nak jadi body builder mama. Saya tak boleh kerempeng macam baru kawin dulu, nanti kalau main besi patah tulang saya"
Jadi sekarang ini aku rasa waktu yang sesuai untuk merialisasikan kata-kata aku dulu. Alang-alang dah 100 kg biar sampai ke pangkal lengan. Eh?
Secara fizikalnya aku rasa memang lain macam bila badan aku dah 100 kg. Rasa badan macam berat gila, nak ambil remote control pun rasa malas. Cumanya, plus point aku mungkin sebab agak tinggi. So tak nampak teruk sangat gemoknya. Isk, denial lagi!
Apa pun, seingat aku, sejak aku meninggalkan bidang futsal secara serius dan aktiviti renang sejak zaman uni, berat aku memang macam yoyo!
Kejap naik, kejap turun.
Ni selepas D bersalinkan K. Berat masa ini turun mendadak. Sebab isteri pantang kat kampung kot?
Ni masa baru kawin. Badan baru mula nak naik. 78 kg
Setahun lepas kawin. 82 kg.
Ni last 2 years. Berat naik balik. Nampak perut tuh...isk.
Gambar terbaru. tapi masih 96 kilo.
Masa mengandungkan F. K kat kampung. Sambut hari raya pakai seluar pendek pun boleh. 88 kg.
Masa mama mengandungkan K. 80 kg.
Masa bertunang. Masa ni berat 68 kg. 4 tahun lalu.
So, dengan ini....aku berazam untuk kurangkan berat badan.
Cukuplah dah score 100 kg...hahahaha
5 comments:
suka atilah.. cakap je nak turunkan berat badan.. tapi takde gak.. haha.. ni kata-kata kawan yang baek ni.. haha
tadi m*z* dtg pg room
apsal dia balik dari Aussie?
cantiknya puan D ^^
dia cuti.. balik mengundi kot.. haha
:)
Post a Comment