Tak apalah, orang Jepun boleh sahaja hidup tanpa pembantu rumah.
Diharapkan pemergian Rinun nanti dapatlah dia berjumpa semula dengan anaknya. Mungkin masalah peribadinya di sana moga dapat diselesaikan. Tuhan, tolong permudahkan. Dan dia dapat kembali bertugas di Malaya tanpa stress-stress lagi.
Mula-mula aku ingat susah dia punya prosedur. Tapi apabila aku rujuk lebai Google, aku berjumpa dengan blog seorang nama Superstage's Heaven. Dalam blog tersebut dia cakap, hanya sediakan satu surat sahaja. Ini kerana kita maklum sangat, birokrasi dan rasuah sangat berleluasa. Jadi dengan surat iringan ini, moga-moga dapatlah memudahkan proses kepulangan Rinun nanti.
Blog tersebut sangat membantu. Jadi masalah seperti insurance, kartu kerja itu semua hanyalah mitos sahaja. Rupanya passport itu sahaja sudah mencukupi. Pendek kata, untuk Malaya, tak banyak songeh sangat. Cumya maid anda nanti kena berurusan dengan jabatan Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Yang itu biarlah dia uruskan sendiri di sana.
Di sini saya copy-paste kandungan surat tersebut. Surat ini boleh disediakan oleh majikan-majikan sekalian sebagai iringan pembantu rumah anda.
Tanggal : [ ]U/P : Pihak yang BerkenaanTuan,Kebenaran Pulang Bercuti Bagi Pembantu RumahNama :No. Passport IndonesiaSehubungan perkara di atas, saya dengan ini memberi kebenaran untuk bercuti selama [ ] hari dari tarikh berangkat pulang ke Indonesia, kepada pembantu rumah saya yang namanya dinyatakan di atas.Sukacita pihak tuan dapat mempermudahkan urusan beliau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman beliau and kembali semula ke Malaysia untuk kembali bertugas dengan selamat tanpa gangguan dan apa jua halangan.Sepanjang pengetahuan saya, tidak wujud undang-undang bertulis Negara Indonesia yang mewajibkan apajua pembayaran tambahan dibuat oleh pembantu rumah yang pulang sekiranya kepulangan pembantu rumah tidak disertai dengan surat pengesahan cuti dari majikan berdasarkan hujah bahawa hal ehwal pemberian cuti adalah urusan peribadi untuk pengesahan pembantu rumah dengan pihak Imigresyen Malaysia sahaja dan ianya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak di Indonesia. Tambahan pula, tidak terdapat apa-apa aturan mewajibkan bahawa surat cuti pembantu rumah mesti ditaip dengan mesin taip/dicetak dengan pencetak komputer. Surat tulisan tangan daripada majikan sewajarnya adalah memadai. Oleh yang demikian, tindakan pihak-pihak tertentu (sama ada dari pihak pemerintah Malaysia ataupun pemerintah Indonesia) yang mahu menuntut pembayaran tambahan daripada pembantu rumah saya tahun lepas untuk “memudahkan urusan” adalah amat dikesali.“Allah melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya,” (riwayat Ahmad)“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka”. (riwayat At Tirmidzi)Oleh kerana terdapat banyak aduan penganaiyaan yang diterima, seandainya pembantu rumah saya dan/atau rakan-rakannya yang pulang bersama-sama dengannya dikenakan apa jua bayaran tambahan, sila pihak tuan terlebih dahulu mengemukakan dengan jelas, bukti referansi kepada Undang-Undang Ketenagakerjaan Indonesia atau peraturan imigrasi ataupun aturan fiskal Indonesia yang menjadi sumber hukum yang jelas menyokong tindakan menuntut bayaran tambahan tersebut. Sekiranya wujud undang-undang seperti itu, setiap dan tiap-tiap pembayaran mestilah disokong dengan pengeluaran karcis/resit rasmi sebagai bukti pembayaran telah dibuat dengan benar yang dikeluarkan oleh pihak tuan. Rujukan adalah dibuat kepada Pasal 23 (2) Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 BAB VIII - HAL KEUANGAN yang menyatakan bahawa “Segala pajak untuk keperluan negara berdasarkan undang-undang”.Warganegara Indonesia yang berkerja dengan ikhlas pulang ke kampung seharusnya dilayan dengan sewajarnya secara adil, saksama dipermudahkan urusannya dan tidak ditindas, dizalimi dan diperbodohkan oleh sesiapapun.Seandainya pihak tuan masih memerlukan apa-apa pengesahan, saya boleh dihubungi ditalian [ .....................]Segala bantuan dari pihak tuan memudahkan urusan keluar-masuk pembantu rumah saya amat dihargai dan didahului dengan dengan ucapan terima kasih.Yang benar,………………………………….NamaSalinan pendua: Kedutaan Republik Indonesia Kuala Lumpur
Untuk bacaan lanjut, boleh baca blog tersebut di http://superstage.blogspot.com/2011/08/contoh-surat-bercuti-untuk-pembantu.html
Terima kasih tuan blog !!!