Wednesday, 20 February 2013

Instill

"Apa mantra kau hari-hari?", tanya kawan aku dari hujung telefon. Hujung telefon tu sebenarnya jauh sangat. Kadang-kadang boleh jadi ketika dia mau naik bus di depan sekolahnya, http://www.stevens.edu/sit/

"Om....om....", aku buat bunyi mulut macam tengah bermeditasi.

"Weh, aku stress ni. Aku tanya betul-betul ni" balas kawan aku.

"Kawan aku kata, dia punya mantra,.......'this too shall pass'.....hari-hari dia bangun pagi dengan cakap macam tu", jawab aku.

"Tension betul. Aku tak tanya kawan kau punya mantra. Aku tanya kau punya mantra" marah kawan aku.

Aku mula syak dia baru balik jumpa penyelianya yang berbangsa Iran yang selalu buat muka ketat itu. Aku syak dia kena bambu dengan penyelianya. Aku faham sangat bab nak jumpa penyelia ni. Stress dia ada tiga peringkat. Stress sebelum jumpa itu satu hal. Masa tengah download nasihat dan kritikan satu hal. Stress lepas jumpa penyelia itu satu hal. 

"Ala. Bukan mantra pun. Aku berdoa, 'Dear God, please instill me with the ingredients of success" jawab aku.

"Kenapa kau guna vocab instill?" tanya kawan aku ini. 

Aku syak nalurinya sebagai Grammar Nazi tiba-tiba memuncak.

"Entahlah...aku pun tak pasti. Mungkin aku tak mahu jadi orang yang tamak kot? Aku nak minta dari Tuhan sikit-sikit" jawab aku sinikal.

"Kenapa sikit-sikit?" tanya kawan aku ini lagi.

"Aku percaya the ingredients of success ini ada lima perkara. Macam kau nak masak juga. Kena hit all your taste-buds  ada manis, masam, masin, pahit dan tawar" jawab aku.

"Aku suka manis..." jawab kawan aku.

"Aku tahu, tapi kau sekarang tengah rasa pahit dan masam manis kehidupan kan? Hati kau rasa tawar. Jadi sekarang, the God is instilling you with the ingredients!" jawab aku.

"Iya, betullah.....antara lima tu, perasa yang best dan aku suka ada satu aja. Pahit, masam, masin dan tawar tu memang tak best. Tapi sekarang aku kena rasa juga" kompelin kawan aku.

"Kawan, aku pun masih belum berjaya. Pahit pun masih terasa kuat lagi di lidah ini. Tapi aku yakin satu benda...." cakap aku terpotong.

"Apa yang kau yakin...." tanya kawan memotong cakap.

"Aku yakin, kita buat kerja kita, Tuhan pun tengah buat kerjaNya" jawab aku.

"Ok, mari berusaha!!" kata kawan aku.

"Eh, bersemangat pula dia" kata aku berseloroh.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...