Thursday, 23 May 2013

frugal : Project ternak puyuh with the kids


Sejak pindah, banyak juga barang-barang yang dari lumah lama yang tak digunakan sebab rumah baru ni fully furnished. Contohnya macam rak pinggan ni. Tersidai aja kat belakang rumah.

Alang-alang dah ada kangkong dan macam-macam sayuran, teringin juga rasa nak menternak sesuatu. Sebab saya memerlukan baja organik untuk tumbuhan saya. Fuh, fully utilize ilmu biology untuk keseimbangan persekitaran.

Dari rak tersebut, saya dah half way transform jadi sangkar, tapi tak tahu nak isi apa. Pasar minggu Ahad lepas saya dah pergi cari arnab, tapi kedai tutup! Minggu ini kena pi awal sikit.

Saya tengah menimbangkan beberapa opsyen.

Pertama arnab. Bila baca belog Bukan Kosong macam agak leceh juga bela arnab ni. Nak nak lagi yang KL. Tapi for sure anak aku memang akan suka punya. Bela arnab ni bersih sikit. Cumanya, nak tanya arnab boleh makan nasi tak? Sanggup ka nak sembelih arnab dan makan setelah kau curahkan sepenuh kasih sayang?

Emosi di situ.

Kedua puyuh. Puyuh ni aku bincang dengan kawan macam leceh sebab busuk kalau low maintenance kebersihan, tapi best sebab dapat makan telur. Isu kebersihan ini tahap ada lalat hijau terbang-terbang. Tapi fikir balik puyuh ni boleh suap dengan kerak nasi yang berlebihan. Dijangkakan agak banyak juga pembaziran bab kerak nasi nih. Sebab kat rumah kami tak ada sorang pun yang suka makan kerak nasi. Selalu buang aja. 

Pada hemat saya kalau ada puyuh boleh elak pembaziran.

Boleh bagi cadangan?

Wednesday, 22 May 2013

artsy smartsy, k play with samsung s 4 camera







Why so serious??!!


Tuesday, 21 May 2013

White handed gibbons

A person is a person no matter how small, big,.....

"Racism is usually defined as views, practices and actions reflecting the belief that humanity is divided into distinct biological groups called races and that members of a certain race share certain attributes which make that group as a whole less desirable, more desirable, inferior or superior."

Aku seriously rasa mual sekarang. Lunch aku ditemani dengan perbualan begini;

"Kalau kau jumpa (bangsa ni kat jalan) dan ular, kau ketuk (bangsa ni kat jalan)

"Aku ok sahaja duduk satu rumah dengan diorang. Vage siap pembersih lagi"

"Ala kau tak pernah kena back stab lagi"

"Mungkin kau bernasib malang kot?"

"Ke situ pula kau ni"

"Tak der lah. A person is a person no matter how small, big, fair, black or anything. Kalau baik, baiklah. Kalau jahat, jahat lah."




Monday, 20 May 2013

Zoo Teruntum Kuantan Pahang


Azran Osman Rani

Beberapa menjak ini isu berikutan gesaan golongan vateren suatu pertubuhan politik hangat diperkatakan. Gesaan perletakan jawatan ini dibuat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, berikutan keterbukaan Azran mengkritik tulisan yang dipaparkan pada Utusan.

Dalam pada masa yang sama ada seorang penyampai TV yang memuatkan satu entry di blognya berkaitan isu ini dari sudut lain. Daripada pemerhatian,  banyak FB page yang share entry tersebut sehingga mencapai tahap viral, dan mendapat pelbagai komen. Ada yang bersimpati, ada yang bersetuju dengan Airasia dan tak ada juga yang meletakkan kepala di kaki.

Adakah ini isu susulan untuk menaikkan sentimen?

Secara peribadi, saya merasakan syarikat penerbangan tersebut melakukan perkara yang betul untuk mengelakkan jangkitan penyakit, dan ada juga perkara yang salah. Yang salah adalah tidak "mesra" dengan pelangan dengan menyediakan pilihan-pilihan yang sesuai untuk ibu dan anak yang malang tersebut.

Paling bijak sekiranya ibu tersebut menghubungi kedutaan Malaya di Vietnam. Paling kurang dibantu oleh pekerja penerbangan tersebut untuk menghubungi kedutaan.

Bebalik kepada Azran, saya dimaklumkan yang ada terdapat beberapa tawaran kerja dari luar negara, dengan gaji lumayan selepas mendapat gesaan tersebut. Dan jika kita selidik latar belakang Azran ini, tak terkejut pun sebab Azran ini mempunyai latar belakang perkhidmatan yang amat cemerlang. Kalau buang mana-mana pun insyaAllah boleh hidup.

Suatu masa dahulu, saya juga ada menonton Astro berkaitan biografi Tony Fernandes. Dimaklumkan yang Tony berhutang banyak untuk memulakan bisness Airasia. Cuba bayangkan kalau benarlah Airasia ini bankrupt disebabkan boycott. Siapa yang paling terkesan dengan semua ini?

Dalam dunia ini banyak benda mengarut, dan kadang-kadang sampai tak masuk akal. Eh, engkau orang boleh buat simple judgement.

Saya, memilih untuk penerbangan murah. Dari kes ini, saya melihat terdapat keberatan untuk kita menjadi insan yang teristimewa. Istimewa seseorang adalah berdasarkan sejauh mana anda berilmu dan berkepakaran. Moga kita semua berjaya di mana-mana kita berada.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...