Friday, 29 March 2013

100kg.

Dulu kalau aku jumpa orang pakai Dockers tapi gemuk,aku selalu cakap dalam hati.

'Tak guna pakai seluar mahal, tapi cutting ke laut'

Walau dalam hati, ia adalah kata-kata ikhlas dari sanubariku. Mengmpat dalam hati. Ya,nama lain adalah buruk perangai.

Aku tak tahu nak happy atau sedih sampai  tulis intro pelik macam kat atas.

Ok yang pasti. Target aku last year sudah tercapai. Aku nak rasa pengalaman menjadi 100kg. Ok ni statement denial.

Aku berazam nak kurus. Isteri aku punya azam nak gemukkan aku.

Nampaknya strategy aku gagal. Isteri aku main kasar dengan giat menbaking. Boleh tengah malam semalam dia uli tepung buat pizza. Aku balik tengah hari tadi dia siap bakedbase untuk cheese cake topping with crumbels.

Aku gagal. Gagal tahan nafsu. Tempted kot kalau cheese cake depan mata.

'Tak hensem lah abang kerempeng macam ni'

Komen D masa baru kawin.

'Tak apa gemuk kalau sihat'

Itulah ayat keramat isteriku dulu masa aku 80kg.

'Erm...D rasa jangan besar dari saiz sekarang sidah la'

Kata D lepas tengok penimbang tadi.

Tiga asterik tiru Neem.

Jadi bila dah capai 100kilo ni, memang aku nak insaf. Tak mahu kkutuk orang gemuk dalam hati lagi. Tak mahu tak mahu. Dan aku juga nak jaga makan. Buktinya aku makankecik gila portion cheese cake tadi.

Dan sorry lah Jamil, untuk BBQ nanti rasa macamtak boleh datang.


2 comments:

Myera Nyera said...

:)
jom berazam untuk terus sihat ^^

sweet life said...

dah 100.00kg?
maka kak D berjaya.. hehe

swimming and sauna boleh cepat kurus.. insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...