Monday 10 June 2013

From farm to table ;)

Harvesting yo! What a great weekend :)


Chinese's cabbage.


Tapioca's shoots for the rabbits.


String beans.



Al-Fatihah to the luminous Latifah Omar.

My late mom was a big fan of her.

Seniwati Latifah Omar meninggal dunia
9:53AM Jun 10 2013 
Seniwati Latifah Omar, 74, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) petang Ahad kerana sakit usus.

Menurut anak sulungnya, Afendi Rahmat, 55, Allahyarham sebelum ini menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di Kampung Baru sebelum dibawa ke PPUKM untuk menjalani pembedahan kerana sakit ususnya itu.

"Doktor maklumkan bahawa usus arwah membengkak dan tersumbat dan perlu dibedah untuk menjadikan keadaannya stabil.

"Pembedahan yang dilakukan semalam cuba menstabilkan ibu tetapi tidak berjaya, dan Allahyarham meninggal dunia pada 6.19 petang," katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Al-Khairiah AU3 malam tadi.

Menurutnya, antara pesanan terakhir arwah ialah supaya jenazahnya dibawa ke masjid itu untuk disempurnakan. Jenazah dijangka dikebumikan Tanah Perkuburan Islam AU4 pada 11 pagi esok.

Allahyarham Latifah, yang meninggalkan empat anak dan lapan cucu, ketika sakit sering dikunjungi rakan seperjuangan yang tidak putus-putus memberi doa dan sokongan, kata Afendi.

Sementara itu, sepupu arwah, Zalimah Nordin, 64, berkata Latifah pernah berpesan supaya saudara terdekat yang tinggal di kawasan AU3 menjaganya ketika tenat.

Latifah, legenda filem Melayu yang sepanjang kariernya sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad, meninggal dunia tidak sampai seminggu selepas rakan seangkatannya Allahyarham S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.

Arwah membintangi filem klasik yang diminati ramai seperti Panggilan Pulau, Bawang Putih Bawang Merah, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Hang Jebat dan Hati Batu.

Selain Nordin, Latifah diberi peluang berlakon di sisi pelakon hebat pada masa itu antaranya Tan Sri P.Ramlee, Normadiah, Yusof Latif, Saleh Kamil, S. Shamsudin, Siti Tanjung Perak, Omar Rojik, S.Kadarisman dan Ibrahim Pendek.

Bernama

Altantuya case: Court allows ex-cop to appeal conviction

Stay tuned and buy your popcorn for 24 june premier :)
BY IDA LIM

JUNE 10, 2013

PUTRAJAYA, June 10 — The Court of Appeal today allowed an application by former policeman Sirul Azhar Umar to appeal his conviction for the 2006 murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu on the grounds that there has been a mistrial.
Sirul’s lawyer Kamarul Hashim said they are now seeking a declaration of the 2009 decision as a mistrial based on two new and related grounds, namely the adverse publicity and the danger that the High Court judge’s impartiality was affected by the said publicity.
“We have brought in an application this morning. That application is to include two new grounds in the petition of appeal.
“The court has allowed the application,” he told reporters when met outside the courtroom.
Kamarul said he will be filing the application by tomorrow.
He also clarified that the other appellant Azilah Hadri was not part of this application and had not made a similar application to introduce these grounds.
The three-day appeal hearing initially set to begin from today has been postponed to June 24.
On October 31, 2008, the Shah Alam High Court acquitted former political analyst Abdul Razak Baginda of abetting them in the murder, following the prosecution’s failure to establish a prima facie case against him.
On April 9, 2009, Sirul Azhar and Azilah were convicted and sentenced to death by the same xourt for the murder of Altantuya at Mukim Bukit Raja, Shah Alam between October 19 and October 20, 2006.
The duo, who were then with the Bukit Aman Special Action Squad, had previously been charged under Section 149 of the Penal Code, which carries a mandatory death sentence upon conviction.

Kedah BN chief willing to step down

 
Kedah Barisan Nasional (BN) chairperson Ahmad Bashah Md Hanipah said today that he is prepared to step down from the post to ensure the state BN remains victorious in the 14th general election (GE14).

Forskning BETA first Give Away Project :)

Alhamdulillah. "Contest" (?) - erm aku pun tak pasti contest ka apa - dah tamat, dan sambutan adalah so so. Tapi not bad lah kan untuk blogger suam-suam kuku.

Ada juga silent readers yang hantar email/respond cakap nak join, tapi tak ada blog :( Maaf sangat lah yer, saya akan usahakan contest? yang lain pula.

Ok, kat sini saya akan senaraikan semua penyertaan, dan akan recode dalam number. Number ini semua akan disenaraihitamkan oleh Random.org bagi menentukan pemenang.

1. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com
2. http://juneaina.blogspot.sg/
3. http://derapkomando.blogspot.com/
4. http://tidolagibaik.blogspot.com
5. http://ayucera.blogspot.com
6. http://wahidayatulaswa.blogspot.com
7. http://teranglaginyata.blogspot.com/
        8. http://jassnani.blogspot.com
        9. http://ikajohans.blogspot.com/ 

        Drum rolls......

        And the winner is

        There were 9 items in your list. Here they are in random order:
        1. 9. http://ikajohans.blogspot.com/
        2. 5. http://ayucera.blogspot.com
        3. 7. http://teranglaginyata.blogspot.com/
        4. 1. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com
        5. 3. http://derapkomando.blogspot.com/
        6. 6. http://wahidayatulaswa.blogspot.com
        7. 2. http://juneaina.blogspot.sg/
        8. 8. http://jassnani.blogspot.com
        9. 4. http://tidolagibaik.blogspot.com
        Timestamp: 2013-06-10 04:01:32 UTC

        Tahniah kepada pemenang. Saya akan terja ke blog anda untuk maklumat lanjut.
        Selamat membaca buku tentang Palestine dan moga-moga kita lebih cakna terhadap saudara kita seagama ;)

        Saturday 8 June 2013

        OMG OMG

        I have been waiting this moment for so long, since the first time we exchanged our first sight in the labor room two years ago. I didn't expect it will happen too soon, but I happened just now.

        Makcik : Ini siapa?

        Kakak K : Ini papa saya. Ini mama saya.




        Friday 7 June 2013

        Good read: Happy Flyday everyone :)

        Kisah Si Pendosa dan Kucing

        Katanya, pada suatu hari, seorang lelaki datang bertemu Hamka.

        "Bapak, dalam kepala saya ini ada satu persoalan yang rumit sekali."

        Hamka memandang lelaki itu dan berkata, "Silakan."

        "Bapak, solat itu tiang agama, bukan? Solat itu, pencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, bukan?"

        Hamka memandang dan mengiyakan, "Benar sekali."

        "Saya ini Bapak, ada dua orang jiran. Seorang adalah ahli ibadat. Solatnya tidak pernah tinggal. Amalnya terus sahaja tanpa henti-henti.

        Kemudian, saya ada seorang lagi jiran. Dia ini cuai orangnya, Bapak. Solatnya sering ditinggalkan."

        Hamka mengangguk.

        "Persoalannya, Bapak... Ada seekor kucing datang ke rumah kedua-dua jiran saya ini...."

        Hamka diam dan setia mendengar.

        "Apabila kucing ini ke rumah ahli ibadah tadi, dia tidak menghiraukannya. Dia tidak memberikan kucing itu makanan. Bahkan dihalaunya kucing itu."

        Hamka terus mengunci mulut.

        "Kemudian apabila kucing ini ke rumah orang yang tidak solat, lain pula jadinya. Lelaki ini melayan kucing itu dengan baik dan memberikannya makan."

        Hamka memandang sahaja si pencerita tanpa memberi komen.

        "Di sinilah lahir rasa gusar dalam hati saya, Bapak. Bagaimana mungkin seorang ahli solat berperangai begitu? Di manakah gunanya solat dia? Dan kenapa pula orang yang meninggalkan solat itu begitu? Tanpa solat pun dia begitu baik."

        Pengadu melepaskan keluhan yang panjang. Fikirannya jadi berat memikirkan persoalan ini.

        "Bantulah saya, Bapak. Cerahkanlah saya."

        Hamka tersenyum.

        "Anakku, percayalah. Percayalah sekiranya si ahli ibadat tadi tidak solat, pasti sikapnya jauh lebih buruk lagi. Dan percayalah sekiranya lelaki yang baik budi itu solat, perangainya jauh lebih mulia lagi."
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...