Wednesday 22 May 2013

artsy smartsy, k play with samsung s 4 camera







Why so serious??!!


Tuesday 21 May 2013

White handed gibbons

A person is a person no matter how small, big,.....

"Racism is usually defined as views, practices and actions reflecting the belief that humanity is divided into distinct biological groups called races and that members of a certain race share certain attributes which make that group as a whole less desirable, more desirable, inferior or superior."

Aku seriously rasa mual sekarang. Lunch aku ditemani dengan perbualan begini;

"Kalau kau jumpa (bangsa ni kat jalan) dan ular, kau ketuk (bangsa ni kat jalan)

"Aku ok sahaja duduk satu rumah dengan diorang. Vage siap pembersih lagi"

"Ala kau tak pernah kena back stab lagi"

"Mungkin kau bernasib malang kot?"

"Ke situ pula kau ni"

"Tak der lah. A person is a person no matter how small, big, fair, black or anything. Kalau baik, baiklah. Kalau jahat, jahat lah."




Monday 20 May 2013

Zoo Teruntum Kuantan Pahang


Azran Osman Rani

Beberapa menjak ini isu berikutan gesaan golongan vateren suatu pertubuhan politik hangat diperkatakan. Gesaan perletakan jawatan ini dibuat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, berikutan keterbukaan Azran mengkritik tulisan yang dipaparkan pada Utusan.

Dalam pada masa yang sama ada seorang penyampai TV yang memuatkan satu entry di blognya berkaitan isu ini dari sudut lain. Daripada pemerhatian,  banyak FB page yang share entry tersebut sehingga mencapai tahap viral, dan mendapat pelbagai komen. Ada yang bersimpati, ada yang bersetuju dengan Airasia dan tak ada juga yang meletakkan kepala di kaki.

Adakah ini isu susulan untuk menaikkan sentimen?

Secara peribadi, saya merasakan syarikat penerbangan tersebut melakukan perkara yang betul untuk mengelakkan jangkitan penyakit, dan ada juga perkara yang salah. Yang salah adalah tidak "mesra" dengan pelangan dengan menyediakan pilihan-pilihan yang sesuai untuk ibu dan anak yang malang tersebut.

Paling bijak sekiranya ibu tersebut menghubungi kedutaan Malaya di Vietnam. Paling kurang dibantu oleh pekerja penerbangan tersebut untuk menghubungi kedutaan.

Bebalik kepada Azran, saya dimaklumkan yang ada terdapat beberapa tawaran kerja dari luar negara, dengan gaji lumayan selepas mendapat gesaan tersebut. Dan jika kita selidik latar belakang Azran ini, tak terkejut pun sebab Azran ini mempunyai latar belakang perkhidmatan yang amat cemerlang. Kalau buang mana-mana pun insyaAllah boleh hidup.

Suatu masa dahulu, saya juga ada menonton Astro berkaitan biografi Tony Fernandes. Dimaklumkan yang Tony berhutang banyak untuk memulakan bisness Airasia. Cuba bayangkan kalau benarlah Airasia ini bankrupt disebabkan boycott. Siapa yang paling terkesan dengan semua ini?

Dalam dunia ini banyak benda mengarut, dan kadang-kadang sampai tak masuk akal. Eh, engkau orang boleh buat simple judgement.

Saya, memilih untuk penerbangan murah. Dari kes ini, saya melihat terdapat keberatan untuk kita menjadi insan yang teristimewa. Istimewa seseorang adalah berdasarkan sejauh mana anda berilmu dan berkepakaran. Moga kita semua berjaya di mana-mana kita berada.



Friday 17 May 2013

Bad guy, again.


"Turn right, turn right. Drop me here" arah D.

"Huh? So I have to be the bad guy?" soal aku dalam blur.

"Aah..." jawab D sepatah.

******

"Ok kids, kita dah sampai skool. Jom turun papa hantar" pelawa aku pada K dan F.

Dua-dua nangis. I am the bad guy again.,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...