Friday 7 June 2013

Good read: Happy Flyday everyone :)

Kisah Si Pendosa dan Kucing

Katanya, pada suatu hari, seorang lelaki datang bertemu Hamka.

"Bapak, dalam kepala saya ini ada satu persoalan yang rumit sekali."

Hamka memandang lelaki itu dan berkata, "Silakan."

"Bapak, solat itu tiang agama, bukan? Solat itu, pencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, bukan?"

Hamka memandang dan mengiyakan, "Benar sekali."

"Saya ini Bapak, ada dua orang jiran. Seorang adalah ahli ibadat. Solatnya tidak pernah tinggal. Amalnya terus sahaja tanpa henti-henti.

Kemudian, saya ada seorang lagi jiran. Dia ini cuai orangnya, Bapak. Solatnya sering ditinggalkan."

Hamka mengangguk.

"Persoalannya, Bapak... Ada seekor kucing datang ke rumah kedua-dua jiran saya ini...."

Hamka diam dan setia mendengar.

"Apabila kucing ini ke rumah ahli ibadah tadi, dia tidak menghiraukannya. Dia tidak memberikan kucing itu makanan. Bahkan dihalaunya kucing itu."

Hamka terus mengunci mulut.

"Kemudian apabila kucing ini ke rumah orang yang tidak solat, lain pula jadinya. Lelaki ini melayan kucing itu dengan baik dan memberikannya makan."

Hamka memandang sahaja si pencerita tanpa memberi komen.

"Di sinilah lahir rasa gusar dalam hati saya, Bapak. Bagaimana mungkin seorang ahli solat berperangai begitu? Di manakah gunanya solat dia? Dan kenapa pula orang yang meninggalkan solat itu begitu? Tanpa solat pun dia begitu baik."

Pengadu melepaskan keluhan yang panjang. Fikirannya jadi berat memikirkan persoalan ini.

"Bantulah saya, Bapak. Cerahkanlah saya."

Hamka tersenyum.

"Anakku, percayalah. Percayalah sekiranya si ahli ibadat tadi tidak solat, pasti sikapnya jauh lebih buruk lagi. Dan percayalah sekiranya lelaki yang baik budi itu solat, perangainya jauh lebih mulia lagi."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...