Thursday 28 February 2013

Funny

It is not funny if you dad sang;

'i love you like a love song, baby'

ia adalah satu kepelikan.

Friday 22 February 2013

Movie Review: The Grey

Aku mimpi, tapi tak pernah ingat. Aku rasa lebih baik begitu. Kau pernah tengok cerita The Grey? Aku kesian gila dengan Liam Neelson (Ottway), sebab kehidupan dia reverse dari konsep mimpi.

Hidup dalam dunia yang nyata, tapi masih di bayang kisah mimpi dan pengalaman silam kehilangan orang yang paling dia sayang.

Ni surat bunuh diri dia:

"There's not a second that goes by when I'm not thinking of you in some way. I want to see your face. Feel your hands in mine. Feel you against me. But I know that will never be. You left me, and I can't get you back... I move like I imagine the damned do, cursed. I feel like it's only a matter of time... I don't know why I'm writing this, I don't know what can come of it. I know I can't get you back. I don't know why this has happened to us. I feel like it's me. Bad luck. Poison. I've stopped doing this world any real good." 

......tapi dia masih tak mati pada malam dia letak senapang dalam mulut.

Naik kapal terbang dan terhempas, tapi masih belum mati. Malah masih mampu lead group survival dari di makan serigala. Seorang, seorang kawan dia mati.

Sampai satu part, aku rasa dia hampir pasrah, tapi di saat dia bertarung dengan serigala alpha, dia sempat bercakap dengan Tuhan.

"Do something. Do something. You phony prick fraudulent motherfucker. Do something! Come on! Prove it! Fuck faith! Earn it! Show me something real! I need it now. Not later. Now! Show me and I'll believe in you until the day I die. I swear. I'm calling on you. I'm calling on you! Fuck it. I'll do it myself."

Lebih baik aku mimpi tanpa ingat, dan hidup di alam realiti tanpa igauan mimpi

Abah

"Assalamualaikom. Abah betul ka nak mai Pahang?" tanya aku.

"Betoi, dah siap-siap dah ni. Motor pun dah hantar service" jawab abah.

"Bila nak bertolak?" tanya aku.

"Sat lagi lah abah bertolak. Motor tak siap lagi" jawab abah.

"Apa dia? Abah nak naik motor? Awat mai naik motor? Kereta dok ada kan?" tanya aku tak percaya.

"Ya, abah naik motor. At this age, I need a little adventure for my life" jawab abah.


Orang tua memang begitu kan? Bila dilarang, makin menjadi.

Tapi bermotosikal dari Yan ke Maran is not a joke. Bukan satu jenaka untuk orang tua berusia 68 tahun.

Sejak mak tiada, abah dah jarang memandu. Selalunya mak yang jadi GPS, tukang hafal jalan.

Bila mak dah tiada, GPSnya pun rosak.

Lewat malam semalam aku hubungi lagi. Abah dah ada di Ipoh. Berhenti berteduh hujan.

Pagi ini masih tiada berita.

Risau.


Thursday 21 February 2013

Analisis Jamil HapaCrita?TM

Ok, aku ada satu hipotesis.

"Penulis belog HapaCrita?TM mahu matikan watak Jamil, dan hidupkan Jamil sebagai hantu"

Kerana dengan menjadi hantu, Jamil mungkin akan ada scene terbang-terbang.

Kita tunggu dan lihat.

Ps, main kasar tak kasi komen noh!

Sidi Oraza

Tengah fokus buat kerja depan komputer, tiba-tiba abang bilik depan datang mengetuk pintu dan kata,

"Hai Sidi Oraza, I nak ajak pergi makan breakfast kat kafe. Nak ikut?"

Aku jawab,

"Sidi Oraza zaman muda ka tua?"


Wednesday 20 February 2013

Instill

"Apa mantra kau hari-hari?", tanya kawan aku dari hujung telefon. Hujung telefon tu sebenarnya jauh sangat. Kadang-kadang boleh jadi ketika dia mau naik bus di depan sekolahnya, http://www.stevens.edu/sit/

"Om....om....", aku buat bunyi mulut macam tengah bermeditasi.

"Weh, aku stress ni. Aku tanya betul-betul ni" balas kawan aku.

"Kawan aku kata, dia punya mantra,.......'this too shall pass'.....hari-hari dia bangun pagi dengan cakap macam tu", jawab aku.

"Tension betul. Aku tak tanya kawan kau punya mantra. Aku tanya kau punya mantra" marah kawan aku.

Aku mula syak dia baru balik jumpa penyelianya yang berbangsa Iran yang selalu buat muka ketat itu. Aku syak dia kena bambu dengan penyelianya. Aku faham sangat bab nak jumpa penyelia ni. Stress dia ada tiga peringkat. Stress sebelum jumpa itu satu hal. Masa tengah download nasihat dan kritikan satu hal. Stress lepas jumpa penyelia itu satu hal. 

"Ala. Bukan mantra pun. Aku berdoa, 'Dear God, please instill me with the ingredients of success" jawab aku.

"Kenapa kau guna vocab instill?" tanya kawan aku ini. 

Aku syak nalurinya sebagai Grammar Nazi tiba-tiba memuncak.

"Entahlah...aku pun tak pasti. Mungkin aku tak mahu jadi orang yang tamak kot? Aku nak minta dari Tuhan sikit-sikit" jawab aku sinikal.

"Kenapa sikit-sikit?" tanya kawan aku ini lagi.

"Aku percaya the ingredients of success ini ada lima perkara. Macam kau nak masak juga. Kena hit all your taste-buds  ada manis, masam, masin, pahit dan tawar" jawab aku.

"Aku suka manis..." jawab kawan aku.

"Aku tahu, tapi kau sekarang tengah rasa pahit dan masam manis kehidupan kan? Hati kau rasa tawar. Jadi sekarang, the God is instilling you with the ingredients!" jawab aku.

"Iya, betullah.....antara lima tu, perasa yang best dan aku suka ada satu aja. Pahit, masam, masin dan tawar tu memang tak best. Tapi sekarang aku kena rasa juga" kompelin kawan aku.

"Kawan, aku pun masih belum berjaya. Pahit pun masih terasa kuat lagi di lidah ini. Tapi aku yakin satu benda...." cakap aku terpotong.

"Apa yang kau yakin...." tanya kawan memotong cakap.

"Aku yakin, kita buat kerja kita, Tuhan pun tengah buat kerjaNya" jawab aku.

"Ok, mari berusaha!!" kata kawan aku.

"Eh, bersemangat pula dia" kata aku berseloroh.


Epic!


Thursday 14 February 2013

Pica

Pica merujuk kepada aktiviti mengidam wanita yang melampau terhadap makanan atau perkara yang rare dan kadang-kadang tidak mendatangkan manfaat kepada pengidam.

Seingat aku, D dulu semasa mengandungkan K, suka sangat dengan air limau. Ke mana-mana nak minum air limau. Sampai satu tahap aku beli satu gundi limau. Kalau aku tak larat nak perah, D yang buat sendiri. Tapi kalau tak dapat tu, tak der lah sampai tahap nak nangis kan.

D kuat, dan independent.

Semasa mengandungkan F pula, D mengidam nak bau sabun dettol yang berperisa lemon. Tidur pun nak lemon juga.

Haish.

Macam-macam ragam.

Wednesday 6 February 2013

I love my friends


Pejam celik, sudah sedekad kami berkawan.

Ramai yang berubah, iyalah semua benda kan berubah. Pak Habib pun kata, "kalau tak berubah kita tak ke mana-mana".

Dari sini, entry permulaan. Izinkan saya kupas satu-satu tentang kawan-kawan saya ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...