Wednesday 29 May 2013

Shopping di Pasar Baru Bandung siap boleh tempah baju hari ini ambil besok siap satu hari.

Pasar Baru Bandung ni lebih kurang macam Pasar Payang atau Pasar Siti Khadijah. 

Kat sini apa yang paling special adalah kau boleh pilih kain yang murah gila berbanding Malaya, kemudian fitting, dan taylor akan potong terus. Besok kau balik hotel pintu bilik hotel kau dia ketuk dan hantar baju.

Samalah macam Vietnam. Tapi tak semacam langsung macam Pasar Payang dan Pasar Siti Khadijah.

Harga lagi sekali memang murah. So apalagi isteri gua dengan mak mentua borong kain lycra sampai berguni-guni. Bini aku tempah baju dua pasang, mak mentua aku tempah jubah berapa entah semua pakai kain lycra yang cantik-cantik gila.

Tak mampu nak pakai lycra Rizalman Ibrahim, pakai yang dari seberang pun ok lah. Gambar last sekali tu ada satu contoh baju yang dah siap.

Apa yang menarik, kalau kau jalan jauh lagi kat dalam tempat ni, ada siap boleh buat langsir. Memang efisyien sebab mak mentua aku siap tempah satu set langsir dengan harga RM350 aja.

Kau masuk kedai, kau langut sikit kepala kau pilih design yang tergantung. Lepas tu kau buka buku, kau pilih sampel kain. Mudah kan?

Kat sini juga ada masjid kat tingkat atas. So sennag lah kalau kau nak solat. Jangan shopping sampai terabai solat tau :)






The Victoria Luxurious Guest House Bandung Indonesia

Bagi anda yang tercari-cari lokasi untuk menginap di Bandung, saya tanpa segan silu mencadangkan The Victoria Luxurious Guest House Bandung Indonesia sebagai salah satu tempat pilihan wajib, jika anda berkunjung ke sana.

Kami memilih tempat ini kerana loksainya yang dekat dengan tempat shopping Paris van Java dan kejiranan ini tidak sibuk dan macet.

Apa yang menarik tentang butik hotel ini adalah interior design yang seakan rumah agam di era Renaissance. Cantik dan sungguh menggoda dengan perkhidmatan internet yang super laju. Kalau anda berada di tingkat 3 hotel masih boleh menikmati perkhidmatan internet dengan laju.

Ini hotel baru, jadi hotel ini wangi.

Ok, sebelum saya mengarut lagi, saya akan letak gambar hotel yang semurah RM84 ini.






Cumanya breakfastnya tidak semeriah hotel-hotel di Malaysia. Walaupun begitu, masih sedap dan nasi gorengnya memang sedap!


Oh my English!

"Sayang, I think we should start to have English conversation at home" suara aku setelah bagun tidur pagi tadi.

"Oh yes, but why?" tanya isteriku.

"Perhaps, we can give early English exposure to our kids" terang aku.

"Sure we can. What if they learn wrong English from you?" tanya isteriku.

"Well, I personally think they can learn from both of us. They can learn impeccable English from you and the wrong one from me" terang aku.

"Ok, then!" balas isteriku setuju.

Bismuth Hopper Crystals


In the formation of hopper crystals, the outer edges of the crystal grows faster than the interior edge, leading to these angular crystals with a stepped structure. Gaps form in the middle as the inner crystals grow slower and don't have time to fill up that region, forming the "hopper cart" shape. This characteristic is known to occur in a number of other minerals and elements such as calcite, halite, gold, and even in water (snowflakes).

The iridescence is caused by thick/thin layers of bismuth oxide causing light to reflect differently. The bottom image is showing a Non-Iridescent Bismuth Cube next to Bismuth Hopper crystal.

Monday 27 May 2013

frugal : arnab puyuh saga

The arnab-puyuh's saga has finally ended.

We opted for arnab finally.







Friday 24 May 2013

frugal : sawi dalam bekas


Thursday 23 May 2013

frugal : Project ternak puyuh with the kids


Sejak pindah, banyak juga barang-barang yang dari lumah lama yang tak digunakan sebab rumah baru ni fully furnished. Contohnya macam rak pinggan ni. Tersidai aja kat belakang rumah.

Alang-alang dah ada kangkong dan macam-macam sayuran, teringin juga rasa nak menternak sesuatu. Sebab saya memerlukan baja organik untuk tumbuhan saya. Fuh, fully utilize ilmu biology untuk keseimbangan persekitaran.

Dari rak tersebut, saya dah half way transform jadi sangkar, tapi tak tahu nak isi apa. Pasar minggu Ahad lepas saya dah pergi cari arnab, tapi kedai tutup! Minggu ini kena pi awal sikit.

Saya tengah menimbangkan beberapa opsyen.

Pertama arnab. Bila baca belog Bukan Kosong macam agak leceh juga bela arnab ni. Nak nak lagi yang KL. Tapi for sure anak aku memang akan suka punya. Bela arnab ni bersih sikit. Cumanya, nak tanya arnab boleh makan nasi tak? Sanggup ka nak sembelih arnab dan makan setelah kau curahkan sepenuh kasih sayang?

Emosi di situ.

Kedua puyuh. Puyuh ni aku bincang dengan kawan macam leceh sebab busuk kalau low maintenance kebersihan, tapi best sebab dapat makan telur. Isu kebersihan ini tahap ada lalat hijau terbang-terbang. Tapi fikir balik puyuh ni boleh suap dengan kerak nasi yang berlebihan. Dijangkakan agak banyak juga pembaziran bab kerak nasi nih. Sebab kat rumah kami tak ada sorang pun yang suka makan kerak nasi. Selalu buang aja. 

Pada hemat saya kalau ada puyuh boleh elak pembaziran.

Boleh bagi cadangan?

Wednesday 22 May 2013

artsy smartsy, k play with samsung s 4 camera







Why so serious??!!


Tuesday 21 May 2013

White handed gibbons

A person is a person no matter how small, big,.....

"Racism is usually defined as views, practices and actions reflecting the belief that humanity is divided into distinct biological groups called races and that members of a certain race share certain attributes which make that group as a whole less desirable, more desirable, inferior or superior."

Aku seriously rasa mual sekarang. Lunch aku ditemani dengan perbualan begini;

"Kalau kau jumpa (bangsa ni kat jalan) dan ular, kau ketuk (bangsa ni kat jalan)

"Aku ok sahaja duduk satu rumah dengan diorang. Vage siap pembersih lagi"

"Ala kau tak pernah kena back stab lagi"

"Mungkin kau bernasib malang kot?"

"Ke situ pula kau ni"

"Tak der lah. A person is a person no matter how small, big, fair, black or anything. Kalau baik, baiklah. Kalau jahat, jahat lah."




Monday 20 May 2013

Zoo Teruntum Kuantan Pahang


Azran Osman Rani

Beberapa menjak ini isu berikutan gesaan golongan vateren suatu pertubuhan politik hangat diperkatakan. Gesaan perletakan jawatan ini dibuat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, berikutan keterbukaan Azran mengkritik tulisan yang dipaparkan pada Utusan.

Dalam pada masa yang sama ada seorang penyampai TV yang memuatkan satu entry di blognya berkaitan isu ini dari sudut lain. Daripada pemerhatian,  banyak FB page yang share entry tersebut sehingga mencapai tahap viral, dan mendapat pelbagai komen. Ada yang bersimpati, ada yang bersetuju dengan Airasia dan tak ada juga yang meletakkan kepala di kaki.

Adakah ini isu susulan untuk menaikkan sentimen?

Secara peribadi, saya merasakan syarikat penerbangan tersebut melakukan perkara yang betul untuk mengelakkan jangkitan penyakit, dan ada juga perkara yang salah. Yang salah adalah tidak "mesra" dengan pelangan dengan menyediakan pilihan-pilihan yang sesuai untuk ibu dan anak yang malang tersebut.

Paling bijak sekiranya ibu tersebut menghubungi kedutaan Malaya di Vietnam. Paling kurang dibantu oleh pekerja penerbangan tersebut untuk menghubungi kedutaan.

Bebalik kepada Azran, saya dimaklumkan yang ada terdapat beberapa tawaran kerja dari luar negara, dengan gaji lumayan selepas mendapat gesaan tersebut. Dan jika kita selidik latar belakang Azran ini, tak terkejut pun sebab Azran ini mempunyai latar belakang perkhidmatan yang amat cemerlang. Kalau buang mana-mana pun insyaAllah boleh hidup.

Suatu masa dahulu, saya juga ada menonton Astro berkaitan biografi Tony Fernandes. Dimaklumkan yang Tony berhutang banyak untuk memulakan bisness Airasia. Cuba bayangkan kalau benarlah Airasia ini bankrupt disebabkan boycott. Siapa yang paling terkesan dengan semua ini?

Dalam dunia ini banyak benda mengarut, dan kadang-kadang sampai tak masuk akal. Eh, engkau orang boleh buat simple judgement.

Saya, memilih untuk penerbangan murah. Dari kes ini, saya melihat terdapat keberatan untuk kita menjadi insan yang teristimewa. Istimewa seseorang adalah berdasarkan sejauh mana anda berilmu dan berkepakaran. Moga kita semua berjaya di mana-mana kita berada.



Friday 17 May 2013

Bad guy, again.


"Turn right, turn right. Drop me here" arah D.

"Huh? So I have to be the bad guy?" soal aku dalam blur.

"Aah..." jawab D sepatah.

******

"Ok kids, kita dah sampai skool. Jom turun papa hantar" pelawa aku pada K dan F.

Dua-dua nangis. I am the bad guy again.,

Thursday 16 May 2013

frugal

Sejak berat badan saya meningkat dengan mendadak, dan mengalami tekanan darah tinggi pada paras upper limit, isteri saya telah mengarahkan saya menukar gaya hidup.







Promise

'Hye..' sapa aku bersahaja.

'Hye?' balasnya kebingungan.

'Promise me you would not leave me at home if i get Alzhiemer's?' soalku penuh harapan.

'Oh yes. But why? I love you' dia jawab yakin.

'Thank you. But I am afraid if I could not...' balas aku terputus.

Sakit juga kena cubit.

Urine

'How does it feels when you suddenly becoming a bitter working mom?' soal aku cuba provoke D.

'Well, one of my kid has pee on my lap. Still, I am all ok' balas D dalam gaya indifferent.

'As a doctor, it really sounds weird for you say pee, instead of urinate. I don't know it just plain weird. A matter of word choice or anything. Yeah...' usik aku sambil mengangkat bahu dengan mimik muka tak puas hati.

'Erm...may be urine just sounds too appealing' balas D berseloroh.

'InsyaAllah we are coping this, well' balas ku sambil menepuk bahu D.

'Yeah,we are great parents. We can do this' sambung D bersemangat.

#Tuhan mudahkan urusan kami

Wednesday 15 May 2013

Tuhan marah

"Papa nak ke mana tu?"

"Tak pergi mana-mana sayang"

"Papa jangan tipu, Tuhan marah"

Adus, sejak aku hantar K and F ke nursery, diorang dah macam phobia tau kalau aku nak gi mana-mana.

Psikologically dah disturbed kot sebab everytime aku tinggal diorang kat nursery, memang ada drama nangis nangis.

Tuhan kuatkan lah hati kami :)

Rinun cepatlah habis cuti di Semarang sana nun!

Saturday 11 May 2013

Tips for young parents, what to do when your baby sick/fever?





Rasis

Aku pernah pos hal ini beberapa hari lalu.

Kali ini aku nak share satu kisah aku dengan student Cina kelas aku. Lepas cuti mengundi, dalam kelas pertama mula-mula aku tanya adalah 'apa khabar? ok ker GE13?'.

Aku terkejut sangat bila ada satu student yang jawab 'tatau, dah lupa'.

Jawab nada denial. So aku pun tukar tajuk and sambung lectures.

Bagi aku, yang dok pulun rasis sangat ni ada apa hal? Cuba bayangkan anak-anak hasil perkahwinan silang bangsa rasa macam mana. Ya lah, mak cina dan bapa melayu. Kau ingat tsk kecil hati ka?

Ok..aku terasa sangat sebab memikir dua ipar aku bangsa lain. Satu cina, satu mamak.

Sensitip la sikit. Agama tak ajar pun main sentimen bangsa dan kaum ni.

Dulu ada readers nak api-apikan isu DAP dengan PAS kat blog ini. Ajak aku debat.

Aku rasa blog ini kena spyware.

Apa pun, tolong la...benda ni tak sihat tau!


Rindu tulisan Hapacrita dan hal-hal lain.

Aku seriously rindu nak baca entry terbaru Jamel. Orang Kedah kata mengkelan telan tak lepas.

Awat tak tau dia tutup blog?

Terima kasih juga yang berkunjung ke blog ini. Stats counter kata hari-hari ada dalam 90 ke 100 orang. Dalam sebulan average 2500 ke 3000 hits. Dulu menulis blog pun tak ada sampai banyak ni. Silent readers dan constant readers terima kasih ya!

Tinggallah jejak anda di sini. Boleh kita panjangkan silaturahim. Bertukar-tukar link.

Dan juga yang follow saya, saya ucap terima kasih.

Thursday 9 May 2013

Khidmat supir di sekitar Jakarta dan Bandung.


Pada asalnya, kami merancang untuk ber"bagpacker" di Jakarta dan Bandung, tetapi terpaksa dibatalkan disaat akhir kerana mama (ibu mertua) saya telah bertitah, "Mama tak mau susah-susah naik angkut di sana. Mama dah tua. Kalau nak berbagpackers kume berdua boleh plan untuk trip yang lain".

Sebagai anak yang soleh dan solehah, kami pun memikior cara lain untuk trip kali ini demi kesenangan ibu yang tercinta. Berpandukan kata kunci, "mama nak supir yang sambut di airport, dan hantar ke airport" kami pun bertungkus lumus meluaskan contact dengan agent di Indonesia.

Pada mulanya, kami telah menghubungi beberapa pemandu di sana, namun banyak yang mengenakan charge yang mahal, dan kadang-kadang tak masuk akal pun. Setelah menilai setiap quotation tersebut, dan membandingkan maklumat harga dari blog http://backpackerbusuk.blogspot.com/, kami dapati Pak Ratno yang berjaya menyenaraikan kos pengangkutan paling masuk akal. Ditambahan pula disertakan pakej penginapan yang terbaik.


Rumah rehat Victoria Luxurious Guest House Bandung yang dicadangkan amatlah juga tidak mengecewakan. Bayangkan anda hanya perlu bayar RM84 untuk satu malam dengan pakej breakfast untuk dua orang. Berbaloi memang berbaloi. Dengan hiasan mewah ala renaissance anda bagaikan dibawa melintasi tarikh masa di era tersebut. Hiasan seperti microscope lama, telescope dan juga peta dunia lakaran tangan berserta sudut library (yang penuh dengan buku perlancongan dan komik?) sangat mengagumkan.

Selain itu, isteri saya juga tertinggal handphone di dalam kamar ketika keluar ke Kawah Puteh, dan bila dah sedar tu, memang sangat cuak lah kan. Takut kena cilok dengan pekerja housekeeping ker apa. Tapi bila balik, telefon tersebut tak bersentuh pun. Sejuta tahniah di atas profesionalism dan kejujuran yang ditunjukkan pihak hotel.

Oke, apa pun, kalau anda berminat untuk menggunakan khidmat supir ini, saya boleh kenalkan. Anda tak perlu berlenguh punggung naik angkut, atau penat menjinjing barang ketika shopping. Semua ditanggung beres oleh supir ini. Selain itu, diorang juga sangat profesional dan ramah.

Harga pun murah :)

Wednesday 8 May 2013

Bandung's trip in colors and meeting Aaron Aziz at Tangkuban Perahu.















Racism

I (once) had promised that I want to forgo or refrain myself from posting political entry. I am sorry, i just can't resist.


As a Muslim and a humane being, let us rise above such incredulity now being played by these irresponsible people. The mainstream media has chosen to go down the same gutter, this is the first time in my life I feel embarrassed seeing my Chinese and Indian students (and my colleagues as well). Some play this game shrouded by religion but essentially it is the same dirt.

Please do all that we can to reject racism. We Malaysians do not deserve this stupidity.

Skodeng di dalam pesawat airbus.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...