Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Friday 7 June 2013

Raya Celebration with Friends and Ducks. Nurshariza Abdullah, did you miss my char koey tiaw?









Tuesday 21 May 2013

White handed gibbons

Friday 22 February 2013

Abah

"Assalamualaikom. Abah betul ka nak mai Pahang?" tanya aku.

"Betoi, dah siap-siap dah ni. Motor pun dah hantar service" jawab abah.

"Bila nak bertolak?" tanya aku.

"Sat lagi lah abah bertolak. Motor tak siap lagi" jawab abah.

"Apa dia? Abah nak naik motor? Awat mai naik motor? Kereta dok ada kan?" tanya aku tak percaya.

"Ya, abah naik motor. At this age, I need a little adventure for my life" jawab abah.


Orang tua memang begitu kan? Bila dilarang, makin menjadi.

Tapi bermotosikal dari Yan ke Maran is not a joke. Bukan satu jenaka untuk orang tua berusia 68 tahun.

Sejak mak tiada, abah dah jarang memandu. Selalunya mak yang jadi GPS, tukang hafal jalan.

Bila mak dah tiada, GPSnya pun rosak.

Lewat malam semalam aku hubungi lagi. Abah dah ada di Ipoh. Berhenti berteduh hujan.

Pagi ini masih tiada berita.

Risau.


Thursday 14 February 2013

Pica

Pica merujuk kepada aktiviti mengidam wanita yang melampau terhadap makanan atau perkara yang rare dan kadang-kadang tidak mendatangkan manfaat kepada pengidam.

Seingat aku, D dulu semasa mengandungkan K, suka sangat dengan air limau. Ke mana-mana nak minum air limau. Sampai satu tahap aku beli satu gundi limau. Kalau aku tak larat nak perah, D yang buat sendiri. Tapi kalau tak dapat tu, tak der lah sampai tahap nak nangis kan.

D kuat, dan independent.

Semasa mengandungkan F pula, D mengidam nak bau sabun dettol yang berperisa lemon. Tidur pun nak lemon juga.

Haish.

Macam-macam ragam.

Wednesday 6 February 2013

I love my friends


Pejam celik, sudah sedekad kami berkawan.

Ramai yang berubah, iyalah semua benda kan berubah. Pak Habib pun kata, "kalau tak berubah kita tak ke mana-mana".

Dari sini, entry permulaan. Izinkan saya kupas satu-satu tentang kawan-kawan saya ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...