Monday 8 July 2013

Review filem KIL.



Nasihat saya, kalau nak layan filem ini kamu kena free your mind dan tak ada apa-apa yang nak kejar. Kalau setakat nak tengok, tapi rasa nak terberak, pergi berak dulu. Cerita ini pacing dia lambat, tapi plot dia kemas.

Macam saya, saya jadikan filem ini filem reward. Saya target, kalau saya submit thesis, siap marking paper final students, attend BOE meeting, dan submit markah. Alhamdulillah semua itu sudah selesai dan ganjaranya adalah saya beli tiga DVD. 1) KIL, 2) The Impossible dan 3) The Beautiful Creatures.

Jadi saya memang enjoy filem ini.

Saya tak kenal siapa Amir si pengarah filem ini, tapi plot ceritanya memang kemas. Sengaja dibiarkan plotnya berterabur dan buat nafas aku sesak memikirkan apa kaitan Junad Mohd Nor nak offer kueh sardin gulung (ka bulat?) pada staff office, atau gila apa Wings menyanyi lagu Isabela?

Tak ada kaitan apa-apa pun semua event itu untuk menjawab kenapa Akil (or Aqil) nak bunuh diri.
Sumpah, kau tak akan dapat clue apa-apa kat situ. Junad is not the answer. Sumpah!

Aku suka part Akil nasihat budak sekolah (Juliana Evan?) nak bunuh diri time dia nak bunuh diri. Scene tu sangat mencuit hati aku. Aku suka, aku suka, dan aku suka.

Macam aku cakap tadi, aku tak kenal Amir ni, tapi aku kenal Rewan Ishak. Ini yang buat aku bertahan untuk stay sampai habis, atau refrain aku punya mood untuk accomplish satu level Candy Crush in between the scenes, despite the slow pacing.

Syot-syot gambar dia mak datuk memang best gila. Ini memang kerja orang berseni. Kau boleh lalu kat highway di tengah kota KL, tapi kau tak pernah naik atas roof top area KL. Ini peluang kamu melihat kota KL dari sudut bird eyes. Fantastik dowh dengan teknik fotography yang mantap.

Pengisian watak pengarah filem (Hasnul? maaflah saya tak kenal pelakon) yang buat filem tak ramai orang datang wayang pun satu cubaan kritikan klise untuk industri tempatan. Rasanya Mamat Khalid dah pernah buat isu ni dalam movie Hantu Kak Limah Balik Kampung.

Bila aku tengok movie ni, aku teringat satu novel Coelho yang berjudul Veronica Decides to Die. Itu naskah yang bagus juga, in fact sangat bagus. Ia tentang bagaimana cubaan untuk bunuh diri digagalkan, dan diganti dengan cinta hati yang schizophrenic.

Aku memang tak kenal pelakon, sebab bagi aku zaman untuk menonton Melodi dan cakna dengan perkembangan artis tempatan sudah berlalu. Jadi apabila Amir guna pelakon yang saya tak pernah kenal untuk teraju utama, jadi tak ada masaalah untuk saya.

Apa pun, saya suka movie ini. Terima kasih Abang Tonton Filem sebab siarkan kisah ini di blog anda.

Saya suka, saya suka dan saya berazam untuk ada dinding yang boleh conteng milestones sendiri di rumah saya selepas menonton DVD ini.


2 comments:

sweet life said...

owh ada DVD KIL ker?
alamak aii... memang nak tgk pun..
tapi paham2 je lah kan.. kelantan.. haha

Fiza Rahman said...

Owh...best yer citer ni. Nak cari DVD lah nnt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...