Wednesday 29 May 2013

Shopping di Pasar Baru Bandung siap boleh tempah baju hari ini ambil besok siap satu hari.

Pasar Baru Bandung ni lebih kurang macam Pasar Payang atau Pasar Siti Khadijah. 

Kat sini apa yang paling special adalah kau boleh pilih kain yang murah gila berbanding Malaya, kemudian fitting, dan taylor akan potong terus. Besok kau balik hotel pintu bilik hotel kau dia ketuk dan hantar baju.

Samalah macam Vietnam. Tapi tak semacam langsung macam Pasar Payang dan Pasar Siti Khadijah.

Harga lagi sekali memang murah. So apalagi isteri gua dengan mak mentua borong kain lycra sampai berguni-guni. Bini aku tempah baju dua pasang, mak mentua aku tempah jubah berapa entah semua pakai kain lycra yang cantik-cantik gila.

Tak mampu nak pakai lycra Rizalman Ibrahim, pakai yang dari seberang pun ok lah. Gambar last sekali tu ada satu contoh baju yang dah siap.

Apa yang menarik, kalau kau jalan jauh lagi kat dalam tempat ni, ada siap boleh buat langsir. Memang efisyien sebab mak mentua aku siap tempah satu set langsir dengan harga RM350 aja.

Kau masuk kedai, kau langut sikit kepala kau pilih design yang tergantung. Lepas tu kau buka buku, kau pilih sampel kain. Mudah kan?

Kat sini juga ada masjid kat tingkat atas. So sennag lah kalau kau nak solat. Jangan shopping sampai terabai solat tau :)






2 comments:

wahida said...

oh pasar baru...aku byk berabis duit kat sini la...huhuhu....

ellynadyra said...

syurga kain, kaum lelaki jadi escort ajelah bila kaum perempuan borong bagai nak rak hahahahahah eh korang kaum lelaki, baik beli kain utk tempah seluar ok!
gila murah.....beza hampir 2 ratus ok, kalau korang beli kat gulatis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...