Saturday 4 May 2013

My Bandung's experience part 2 Kawah Puteh


my bandung's experiences part 1


Saturday 27 April 2013

Prosedur Sekiranya Pembantu Rumah Bercuti

Bulan depan Rinun akan pulang ke Indonesia buat sementara waktu setelah lebih dua tahun merantau di Malaya. Sebenarnya aku tak suka sangat, biasalah, banyak beban tugas yang telah diringankan oleh Rinun selama ini bakal dibahagi-bahagikan secara adil kepada kami balik.

Tak apalah, orang Jepun boleh sahaja hidup tanpa pembantu rumah.

Diharapkan pemergian Rinun nanti dapatlah dia berjumpa semula dengan anaknya. Mungkin masalah peribadinya di sana moga dapat diselesaikan. Tuhan, tolong permudahkan. Dan dia dapat kembali bertugas di Malaya tanpa stress-stress lagi.

Mula-mula aku ingat susah dia punya prosedur. Tapi apabila aku rujuk lebai Google, aku berjumpa dengan blog seorang nama Superstage's Heaven. Dalam blog tersebut dia cakap, hanya sediakan satu surat sahaja. Ini kerana kita maklum sangat, birokrasi dan rasuah sangat berleluasa. Jadi dengan surat iringan ini, moga-moga dapatlah memudahkan proses kepulangan Rinun nanti.

Blog tersebut sangat membantu. Jadi masalah seperti insurance, kartu kerja itu semua hanyalah mitos sahaja. Rupanya passport itu sahaja sudah mencukupi. Pendek kata, untuk Malaya, tak banyak songeh sangat. Cumya maid anda nanti kena berurusan dengan jabatan Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Yang itu biarlah dia uruskan sendiri di sana.

Di sini saya copy-paste kandungan surat tersebut. Surat ini boleh disediakan oleh majikan-majikan sekalian sebagai iringan pembantu rumah anda.

Tanggal : [                 ]
U/P : Pihak yang Berkenaan
Tuan,
Kebenaran Pulang Bercuti Bagi Pembantu Rumah
Nama :
No. Passport Indonesia
Sehubungan perkara di atas, saya dengan ini memberi kebenaran untuk bercuti selama [ ] hari dari tarikh berangkat pulang ke Indonesia, kepada pembantu rumah saya yang namanya dinyatakan di atas.
Sukacita pihak tuan dapat mempermudahkan urusan beliau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman beliau and kembali semula ke Malaysia untuk kembali bertugas dengan selamat tanpa gangguan dan apa jua halangan.
Sepanjang pengetahuan saya, tidak wujud undang-undang bertulis Negara Indonesia yang mewajibkan apajua pembayaran tambahan dibuat oleh pembantu rumah yang pulang sekiranya kepulangan pembantu rumah tidak disertai dengan surat pengesahan cuti dari majikan berdasarkan hujah bahawa hal ehwal pemberian cuti adalah urusan peribadi untuk pengesahan pembantu rumah dengan pihak Imigresyen Malaysia sahaja dan ianya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak di Indonesia. Tambahan pula, tidak terdapat apa-apa aturan mewajibkan bahawa surat cuti pembantu rumah mesti ditaip dengan mesin taip/dicetak dengan pencetak komputer. Surat tulisan tangan daripada majikan sewajarnya adalah memadai. Oleh yang demikian, tindakan pihak-pihak tertentu (sama ada dari pihak pemerintah Malaysia ataupun pemerintah Indonesia) yang mahu menuntut pembayaran tambahan daripada pembantu rumah saya tahun lepas untuk “memudahkan urusan” adalah amat dikesali.
“Allah melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya,” (riwayat Ahmad)
“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka”. (riwayat At Tirmidzi)
Oleh kerana terdapat banyak aduan penganaiyaan yang diterima, seandainya pembantu rumah saya dan/atau rakan-rakannya yang pulang bersama-sama dengannya dikenakan apa jua bayaran tambahan, sila pihak tuan terlebih dahulu mengemukakan dengan jelas, bukti referansi kepada Undang-Undang Ketenagakerjaan Indonesia atau peraturan imigrasi ataupun aturan fiskal Indonesia yang menjadi sumber hukum yang jelas menyokong tindakan menuntut bayaran tambahan tersebut. Sekiranya wujud undang-undang seperti itu, setiap dan tiap-tiap pembayaran mestilah disokong dengan pengeluaran karcis/resit rasmi sebagai bukti pembayaran telah dibuat dengan benar yang dikeluarkan oleh pihak tuan. Rujukan adalah dibuat kepada Pasal 23 (2) Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 BAB VIII - HAL KEUANGAN yang menyatakan bahawa “Segala pajak untuk keperluan negara berdasarkan undang-undang”.
Warganegara Indonesia yang berkerja dengan ikhlas pulang ke kampung seharusnya dilayan dengan sewajarnya secara adil, saksama dipermudahkan urusannya dan tidak ditindas, dizalimi dan diperbodohkan oleh sesiapapun.
Seandainya pihak tuan masih memerlukan apa-apa pengesahan, saya boleh dihubungi ditalian [ .....................]
Segala bantuan dari pihak tuan memudahkan urusan keluar-masuk pembantu rumah saya amat dihargai dan didahului dengan dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
………………………………….
Nama
Salinan pendua: Kedutaan Republik Indonesia Kuala Lumpur

Untuk bacaan lanjut, boleh baca blog tersebut di http://superstage.blogspot.com/2011/08/contoh-surat-bercuti-untuk-pembantu.html

Terima kasih tuan blog !!!

Bobo di KPTM KL


Aku tak tahu nak menangis ker apa?

Serius.

Kawan aku cakap, kalau kau rasa hidup kau sangat crap sekarang, kau patut bersyukur.

Deep lah.

Friday 26 April 2013

Idea untuk mencukupkan tabungan perkahwinan.

Kahwin ni best, sumpah.

Kalau kata sumpah best, tidak bermaksud tak best. Faham tak permainannya di situ? Kadang-kadang biasalah ada up and down. Topik ini akan diceritakan nanti.

Saya ingin menarik perhatian kepada bujang-bujang di luar sana yang tengah merancang untuk melangsungkan perkahwinan, tapi tak ada duit. Saya ada idea bernas untuk tambahkan pendapatan saudara-saudari.

Saya bukan nak offer MLM. Jauh sekali skim cepat kaya.

Sebagai anak orang susah, saya percaya yang mahu hidup senang kenalah kerja kuat. Dulu masa saya nak kawin dulu pun, saya kerja kuat juga. Saya study lagi masa tu, tapi saya jual roti Intan's Oven di kolej hari-hari. Saya buat kereta sewa. Alhamdulillah dibukan rezeki, boleh kahwin.

Tapi key pointnya kena kerja kuat.

Saya dapat idea ini semasa pergi ceramah Ustaz Azhar Idrus. Anda boleh konsider langkah-langkah yang saya bakal cadangkan ini;

1. Anda google page atau FB Ustaz Azhar Idrus.

2. Download jadual ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk satu bulan.

3. Anda berbincang dengan HR tempat kerja anda untuk apply cuti tahunan.

4. Anda buat tiny loan, atau guna sedikit modal untuk buat modal meniaga.

5. Anda follow setiap tapak ceramah Ustaz azhar Idrus, dan buka jualan produk anda. Produk apa, kita akan bincangkan di bawah.


Produk yang sesuai adalah minuman. Dengan menggunakan kereta Saga/Myvi yakni anda boleh buat tempat tidur dan isi khemah/kanopi, tong ais, dan tong air insyaAllah anda dah  boleh memulakan perniagaan ini.

Cuba bayangkan satu cup air coklat, ada boleh jual RM2, dan paling lekeh akan ada 500 to 1000 orang yang akan beli dari anda.

Dan anda dapat buat job tu dalam 15 kali sahaja dalam satu bulan.

Okeh, sekarang anda cuba bayangkan kalau anda jual kacang puteh pula.

Atau hot dog steam dengan gravy yang sangat enak...


Oh...rezeki, rezeki untuk yang mahu berusaha.

Panduan memilih pemimpin - Matluthfi90


Thursday 25 April 2013

Pengalaman saya menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus part 2.

Petang itu hujan turun dengan lebat sekali. Dari kejauhan kedengaran hantu langsuir yang berterbangan untuk balik ke sarang. Sungguh menyeramkan, sehingga jika terdapat anak kecil atau lelaki yang lemah semangat boleh jatuh terduduk ketakutan.

Pada saat itulah saya sampai ke rumah. Saya lihat jiran-jiran sudah bersiap-siap dengan memakai baju hijau, dan duduk dalam kereta sedap-sedap.

Saya berlari masuk ke dalam rumah. Baju kerja ditukar dengan baju jalan-jalan hari Sabtu. Setelah siap beberapa perkara, saya pun masuk ke rombongan kereta. D, K, dan juga kaksu sudah siap menunggu.

K eksited sekali.

Perjalanan untuk ke tapak ceramah mengambil masa 45 minit, dan ceramah dijangka bermula lepas Maghrib. Jadi ketua rombongan telah decided untuk singgah di rumah kakak beliau untuk acara R&R. Usai solat Margrib, kami dikhabarkan melalui FB yang tapak ceramah terpaksa ditukar, ekoran hujan.

Disebabkan ini kali pertama saya menyertai ceramah UAI, saya pun eksited juga. Jadi saya tak lupa bawa kamera. Eksited tak, eksited tak?

Setelah parking sedap, sedap. Kami pun terus menapak ke lokasi ceramah. Berat jugak K sekarang, sampai boleh naik muscle lengan aku mengedong dia. Ceramah tersebut dibuat di atas bukit. Jadi ramailah aku tengok orang yang memanjat tangga untuk ke tapak ceramah.

Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat kami untuk terus mara ke lokasi ceramah. Saya lihat makcik tua pun tidak kalah juga. Dengan sakit-sakit pinggang pun dia gagah juga panjat.

Power tak power penangan UAI.

Bila sampai ke atas, saya cari lokasi paling best untuk parking isteri dan anak. Kemudian saya terus capai kamera dan cari spot baik punya untuk syot UAI. Setelah dapat syot menarik, saya pun lepak-lepak sambil menikmati halwa telinga.

Tapi suasana tak best sangat, sebab ramai orang yang merokok. 

UAI patut ambil peluang ini untuk dakwah pada golongan muda supaya berhenti hisap rokok. Saya faham UAI nak sangat mendekati hati golongan muda, tapi kalau isu rokok ini boleh di tangani lagi baik.

Sedih tau banyak sangat nak melayan patient yang sakit respiratori ni. Kos perubatan mahal tau tak?

Topic malam tu lebih kurang macam dalam Youtube juga. Bab hubungan lelaki perempuan, dari segi iktilat, dan juga nikah kawin.

Setelah agak-agak penat, saya pun beransur, sebab tak mahu bersesak-sesak dengan orang lain ketika mau balik nanti.

Sebelum balik, saya berbelanja sikit dengan membeli makanan yang dijual oleh penjaja di sekitar tapak ceramah.

Saya masih tak faham kenapa ramai sangat orang suka UAI. Tapi yang nyata, gaya dia memang cool, dan bersahaja. Terpulang atas penerimaan individu. Untuk saya join lagi ceramah UAI, itu tidak pasti. Mungkin layan youtube atau beli VCD lagi bagus, sambil layan atas sofa.

Sekian, tamat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...